Coretan

Sering kali kita semua mengeluh dan marah apabila pihak kerajaan mengumumkan kenaikkan harga minyak petrol dan diesel. Kita kena ingat, isu tentang kenaikkan harga minyak ini tidak akan ada kesudahan selagi pihak kerajaan terpaksa menanggung subsisdi untuk bahan bakar tersebut. Kenaikkan paling terbaru ialah pada bulan ini sebanyak RM0.05 sen seliter.
Tetapi dalam menangani kesan daripada kenaikkan harga minyak ini, pilihan yang bijak adalah dengan memasang sistem NGV pada kenderaan kita. Ini kerana harga gas NGV adalah 3 kali lebih rendah berbanding dengan harga minyak petrol. Harga seliter petrol (RON95) ialah RM1.85 manakala harga gas NGV ialah sekitar RM0.68.
Satu tong gas NGV jika diisi penuh, kosnya hanyalah sekitar RM9-RM10 dan kenderaan kita boleh bergerak sejauh 180km – 200km sebelum kehabisan gas. Bayangkan berapa banyak penjimatan yang boleh kita lakukan selama sebulan/setahun.

Buat masa ini, pemilik kenderaan yang menggunakan gas NGV tidak menghadapi banyak masalah untuk mendapatkan bekalan gas NGV kerana sudah banyak stesen Petronas yang menjual gas NGV terutamanya di bandar-bandar besar seperti Johor Bahru.

Bagi sesiapa yang berminat, bolehlah hubungi saya di 019 3276456